PHILADELPHIA: Bill Cosby menghadapi satu lagi saman serangan seksual yang difailkan oleh bekas model Playboy Victoria Valentino, yang mendakwa pelawak itu memberikan dadah dan merogolnya pada 1969, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Valentino, 80, memfailkan kes itu di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles pada Jumaat mengikut undang-undang baharu yang membatalkan sementara statut had ke atas kes sivil berkaitan serangan seksual.
Undang-undang itu yang tamat pada akhir tahun ini membenarkan orang yang mendakwa mereka diserang sebagai orang dewasa, memfailkan saman sivil tanpa mengira bila kejadian itu berlaku.
Valentino menyaman Cosby atas serangan seksual dan seks tanpa kerelaan. Saman itu menuntut ganti rugi am, khas dan punitif yang tidak dinyatakan, serta yuran guaman dan kos mahkamah.
Saman itu juga mensasarkan sehingga 20 defendan yang tidak dinamakan, termasuk ejen dan pekerja lain yang didakwanya membantu Cosby.
Cosby, 85, sebelum ini disabitkan bersalah melakukan serangan seksual terhadap bekas jurulatih bola keranjang Temple University, Andrea Constand pada 2004 di mahkamah Montgomery County pada 2018.
Beliau dijatuhi hukuman penjara tiga hingga 10 tahun dalam kes itu, tetapi dibebaskan selepas hampir tiga tahun apabila Mahkamah Agung Negeri Pennsylvania membatalkan sabitannya pada 2021.
Sekurang-kurangnya 60 wanita menuduh penghibur itu melakukan serangan seksual, gangguan atau rogol.
Tahun lalu, Cosby didapati bertanggungjawab dalam kes sivil di Santa Monica, California, di mana juri mendapati dia melakukan serangan seksual terhadap Judy Huth ketika dia masih di bawah umur pada pertengahan 70-an.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023
Cosby sebelum ini disabitkan bersalah melakukan serangan seksual terhadap bekas jurulatih bola keranjang Temple University, Andrea Constand pada 2004 di mahkamah Montgomery County pada 2018. - Gambar fail
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Bill Cosby sekali lagi disaman dakwaan terbaharu serangan seksual
Valentino memfailkan kes itu di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles pada Jumaat mengikut undang-undang baharu.
Pendakwa raya gesa Mahkamah Tinggi kembalikan sabitan serangan seksual Bill Cosby
Cosby menghadapi bertubi-tubi dakwaan serangan seksual yang kemudian memusnahkan imejnya sebagai "American Dad"
Bill Cosby bebas selepas mahkamah batal sabitan cabul
Cosby sebelum ini dipenjara 10 tahun atas kesalahan mencabul bekas pemain bola keranjang Andrea Constand.
Pelawak Bill Cosby dipenjara 3 hingga 10 tahun
Mahkamah daerah Montgomery menolak permohonan ikat jamin Cosby sekali gus menyaksikan beliau bermalam di penjara sementara menanti proses rayuan oleh pihak pembelaan.
Serangan seksual: Bill Cosby, Roman Polanski disingkir akademi seni
Bekas lagenda komedi Bill Cosby dan pengarah filem Roman Polanski dibuang dari Akademi Sains dan Seni Perfileman kerana tuduhan melakukan serangan seksual.
Cosby bersalah serangan seksual puluhan mangsa
Juri yang bersidang lebih 14 jam untuk dua hari, mendapati Bill Cosby bersalah kesemua tiga tuduhan serangan seksual.
Aktivis separuh bogel ancam Bill Cosby
Seorang aktivis wanita mencetuskan kekecohan di luar mahkamah semalam, apabila cuba menyerang pelawak terkenal Bill Cosby.
Fakta anda perlu tahu tentang bekas ikon komedi Bill Cosby
Bill Cosby merupakan nama besar dalam dunia penyiaran dan pernah diangkat sebagai ikon komedi satu ketika dahulu.
Cosby akan dibicara atas tuduhan seksual - Hakim
Seorang hakim di Pennsylvania pada Rabu memutuskan bahawa legenda televisyen, Bill Cosby sepatutnya dibicarakan atas tuduhan serangan seksual ke atas seorang wanita di kediamannya di Philadelphia.
35 wanita dakwa dirogol Bill Cosby tampil di muka depan majalah 'New York'
Muka hadapan majalah berkenaan turut menampilkan kerusi ke-36 untuk mewakili mangsa seterusnya untuk bersuara.